Maklumat yang kami kumpul
- Semasa checkout: nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penghantaran dan catatan pesanan (jika diisi).
- Akaun (pilihan): jika anda mendaftar, kami menyimpan nama, e-mel, kata laluan (dalam bentuk cincang yang tidak boleh dibaca sesiapa termasuk admin) serta telefon dan alamat penghantaran lalai yang anda simpan. Pesanan terdahulu dengan e-mel yang sama dipautkan ke akaun hanya selepas e-mel disahkan.
- Resit bayaran: gambar atau PDF resit yang anda muat naik. Resit disimpan secara peribadi dan hanya boleh dibuka oleh admin kedai.
- Teknikal: kuki sesi untuk troli dan keselamatan borang. Pilihan tema cerah/gelap disimpan dalam pelayar anda.
Kami tidak meminta atau menyimpan maklumat kad kredit, kad debit atau kata laluan perbankan anda.
Tujuan penggunaan
- Memproses pesanan, mengesahkan bayaran dan menghantar buku.
- Menghantar e-mel berkaitan pesanan (pengesahan, bayaran diterima, nombor tracking) dan menghubungi anda jika ada masalah penghantaran.
- Menyimpan rekod jualan bagi tujuan perakaunan dan cukai.
Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi maklumat anda untuk tujuan pemasaran.
Pendedahan kepada pihak lain
- Syarikat kurier: nama, alamat dan nombor telefon untuk menghantar bungkusan.
- Penyedia perkhidmatan: pelayan laman (pengehosan) dan e-mel. Makluman pesanan baharu kepada pengurusan kedai dihantar melalui Telegram dan mengandungi nama, nombor telefon serta senarai buku.
- Pihak berkuasa jika dikehendaki oleh undang-undang.
Penyimpanan & keselamatan
Sambungan ke laman menggunakan HTTPS. Data disimpan di pelayan laman ini dan disandarkan setiap hari. Pautan halaman pesanan anda mengandungi kod rahsia; jangan kongsi pautan tersebut. Rekod pesanan disimpan selama tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang perakaunan dan cukai.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi anda (tertakluk kepada keperluan menyimpan rekod jualan) dengan menghubungi kami di dartaibahsolutions@yahoo.com atau WhatsApp 018-900 0235.
Pemegang akaun boleh mengemas kini maklumat penghantaran atau memadam akaun sendiri di halaman Akaun saya. Apabila akaun dipadam, rekod pesanan disimpan untuk perakaunan tanpa pautan ke akaun.
Berkuat kuasa: 7 Oktober 2026 · Dar Taibah Solutions, PT 4040, Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan.